Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Asus ROG Phone 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober

Asus Rog Phone 2 merupakan salah satu telefon pintar permua yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Terkini, melalui perkongsian di Facebook, Asus memperlihatkan yang mereka bakal melancarkan Asus Rog Phone 2 secara rasmi di Malaysia pada 16 Oktober 2019 ini.

Asus ROG Phone 2 versi tempatan bakal hadir dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 1TB, selain penyertaan sokongan pengecasan pantas 30W.

Asus ROG Phone 2

Dari segi spesifikasi lain, ia hadir dengan skrin 6.59-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dijana Snapdragon 855+, dwi-kamera utama 48MP + 13MP, selain kamera swafoto 24-megapixel. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 6000mAh.

Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan kita mungkin mengetahui berkenaan dengannya pada 16 Oktober 2019 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Asus ROG Phone 2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×