Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Merancang Mengedarkan Kemaskini iOS 13.1 & iPadOS 13.1 Pada 24 September

Baru sahaja beberapa jam iOS 13 diedarkan secara rasmi dalam bentuk stabil, kini informasi mengenai versi seterusnya telah muncul. Laporan daripada Mac Rumors mengatakan yang Apple merancang untuk Mengedarkan Kemaskini Ios 13.1 dan iPad OS 13.1 pada minggu hadapan, 24 September.

Kebiasaannya, versi iOS xx.1 akan Mengambil Masa Beberapa minggu atau sekitar sebulan untuk diedarkan. Kali ini, Apple dilihat lebih pantas mengedarkan kemaskini. Perkana ini sebenarnya tidak janggal, ini kerana pada versi beta – Apple telah pun menguji iOS 13.1 sehingga versi beta kelapan. Jadi untuk kemaskini iOS 13.1 stabil hadir seawal kurang seminggu dari iOS 13 adalah satu perkara yang menarik – kerana pengguna boleh menikmati lebih banyak fungsi baharu secara lebih pantas.

Bagi iPadOS pula, memandangkan versi iPadOS 13 yang stabil belum lagi diedarkan – ada kemungkinan besar iPad OS13.1 adalah versi stabil pertama buat iPad. Ini kerana, jadual iPadOS 13 yang asal juga sepatutnya hadir pada minggu hadapan 1 Oktober (tarikh Malaysia). Jika tidak, ia hanya akan mengambil masa beberapa hari sahaja untuk menerima kemaskini .1.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Merancang Mengedarkan Kemaskini iOS 13.1 & iPadOS 13.1 Pada 24 September

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×