Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kehidupan Lebih Pintar Dengan Galaxy Note10 Dan Ekosistem Samsung

Samsung telah pun menawarkan telefon pintar mercu mereka yang terbaru dan berkuasa, iaitu Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ di Malaysia sejak beberapa minggu ini. Ia hadir dengan penawaran yang sangat hebat dari segi spesfikasi, rekaan, malah kemampuan kamera yang mendahului pelbagai peranti lain di pasaran.

Menariknya, selain daripada hanya penawaran peranti berkenaan semata-mata, dengan memiliki Galaxy Note10, pengguna juga Turut dapat menikmati pelbagai penawaran menarik yang ditawarkan oleh ekosistem pintar Samsung untuk pengguna mereka.

Pengalaman Kehidupan Berhubung Bersama Pelbagai Peranti Pintar

Samsung Galaxy Note10 boleh digunakan bersama pelbagai peranti berhubung lain, termasuk dari segi peranti boleh-pakai dan juga tablet. Dibawah ekosistem Samsung sendiri, mereka menawarkan Galaxy Watch Active, atau Galaxy Fit – sekaligus memantau aktiviti kecergasan anda, menjaga kesihatan, dan pada masa yang sama mengikuti pelbagai notifikasi dengan mudah.

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menggunakan Galaxy Note10 anda untuk mengawal peralatan elektronik yang lain di rumah anda, termasuk seperti penghawa dingin, televisyen dan sebagainya. Dengan Galaxy Note10, ia menjadi tunjang utama dalam mengawal pelbagai peranti pintar di rumah anda.

Selain Galaxy Watch, anda juga turut boleh menggunakan Galaxy Buds dalam menghubungkan ia bersama ke telefon pintar, dan mengawal peranti dengan mudah melalui arahan Bixby.

Samsung Pay – Pembayaran Lebih Mudah, Ganjaran Lebih Banyak

Samsung Pay hadir terbina bersama Galaxy Note10, dimana melaluinya ia memudahkan pengguna untuk membuat pembayaran dengan mudah dan pantas. Hal ini sekaligus membolehkan anda hanya memerlukan telefon pintar anda sahaja ketika keluar kemana-mana, dan boleh meninggalkan dompet anda.

Disamping memudahkan pembayaran, Samsung Pay turut menawarkan sejumlah ganjaran menarik – dimana anda boleh mendapatkan lebih banyak penawaran menarik dengan membuat pembayaran menggunakannya, selain turut menikmati diskaun-diskaun menarik apabila membayar menggunakan Samsung Pay.

Samsung Members – Nikmati Pelbagai Perkara Menarik Dibawah Ekosistem Samsung

Samsung Members adalah aplikasi khusus yang ditawarkan untuk pengguna Samsung, dimana melaluinya anda akan ditawarkan dengan pelbagai ganjaran dan diskaun untuk perkhidmatan dan produk – seperti untuk Spotify, tiket wayang, dan sebagainya.

Selain daripada itu, ia juga merupakan aplikasi setempat yang membolehkan anda bertanyakan soalan dan tips berkaitan peranti anda. Anda turut boleh bertanyakan kepada khidmat pelanggan terus melalui aplikasi tersebut.

Samsung Members juga turut memberikan kemudahan untuk anda melakukan semakan keadaan semasa peranti – dan mengoptimasikannya supaya lebih baik lagi.

Bixby – Pembantu Maya Daripada Samsung

Turut hadir terbina pada Samsung Galaxy Note10 adalah sokongan pembantu maya daripada Samsung tersendiri, iaitu Bixby.

Bixby mempelajari kaedah penggunaan anda, dan memudahkan lagi tugasan anda dari hari ke hari. Anda boleh memberikan pelbagai arahan berasaskan suara, dan Bixby akan melakukannya dengan pantas pada peranti anda. Arahan ini termasuk daripada menetapkan jam penggera, menguruskan jadual harian, malah bertanyakan beberapa soalan dan cadangan daripada Bixby.

Sekiranya anda mengintegrasikan peranti anda bersama peralatan lain, anda turut boleh mengawalnya melalui Bixby. Sebagai contoh, anda boleh meminta Bixby untuk memainkan media pada televisyen, memainkan lagu pada speaker dan sebagainya.

Disamping itu, Bixby juga merupakan salah satu pembantu yang sangat berguna ketika anda memandu, memandangkan anda boleh membuat kawalan seperti menjawab panggilan, membacakan mesej kepada anda, dan sebagainya.

Samsung Health – Ke Arah Kehidupan Lebih Sihat

Dengan arena teknologi dan kehidupan masa kini, ramai yang sering terleka dan tidak begitu menjaga kesihatan diri. Melalui Samsung Health, pihak Samsung memudahkan lagi anda memantau kesihatan anda, termasuk dari segi aktiviti harian, nutrisi, data berkaitan tekanan, data gaya tidur, dan sebagainya.

Pelbagai data ini dihimpunkan dan dipaparkan dalam aplikasi yang mudah untuk anda gunakan. Anda turut boleh menetapkan sasaran harian, dan aplikasi berkenaan akan memudahkan anda untuk mencapainya.

Samsung Health turut membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan untuk sesuatu tujuan, sekaligus mencapai kehidupan lebih sihat bersama-sama.

Lain-Lain

Bukan ini sahaja, malah Samsung turut menyertakan pelbagai penawaran menarik dibawah ekosistem mereka. Antaranya adalah Samsung Knox yang melindungi data anda, dan beberapa penawaran menarik yang lain.


Anda turut boleh menyertai ekosistem Samsung hari ini dengan mendapatkan telefon pintar Samsung, sekaligus menikmati pelbagai ciri-ciri dan penawaran menarik yang ditawarkan khusus untuk pengguna Samsung.

Di Malaysia, Galaxy Note10 dan Galaxy Note10+ telah pun mula ditawarkan pada harga bermula RM3699 – sekaligus memudahkan anda turut menikmati pelbagai kemudahan dan penawaran dibawah ekosistem Samsung ini, hari ini!

Beli: Samsung Galaxy Note10

Penafian: Advertorial Dari Samsung Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kehidupan Lebih Pintar Dengan Galaxy Note10 Dan Ekosistem Samsung

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×