Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

YouTube Kids Akan Hadir Ke Web Dan Kini Terdapat Penyaring Kandungan Untuk Pelajar Pra-Sekolah

YouTube Kids adalah aplikasi YouTube yang dikhaskan untuk kanak berusia bawah 8 tahun. Pada tahun lepas, Youtube Kids dikemaskini dengan tetapan baru yang menyaring kandungan dengan lebih rapi untuk kegunaan ibu bapa. Ini memudahkan ibu bapa menggunakan aplikasi yang sama bagi menonton kandungan yang mereka ingini.

Terkini, YouTube Kids dikemaskini dengan lebih tetapan untuk menyaring kandungan buat kanak-kanak. Jika sebelum ini hanya untuk 8 tahun dan ke bawah, kini terdapat tiga kategori; 1) Preschool untuk kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah, yang mana kandungan adalah kreativiti, bermain-main dan pembelajaran. 2) Younger untuk kanak-kanak berusia 5-7 tahun dengan kandungan pelbagai topik, muzik, kartun dan banyak lagi. 3) Older pula untuk kanak-kanak berusia 8-12 tahun yang menyertakan kandungan seperti muzik video, vlog kekeluargaan, sains dan banyak lagi.

Tidak lama lagi, YouTube Kids turut akan hadir dalam bentuk web. Dengan kehadiran ini, kanak-kanak tidak lagi terhad dengan penggunaan pada peranti mudah alih. Jika mereka bersama dengan ibu bapa di pejabat atau kerap mengganggu mereka bekerja, buka sahaja YouTube Kids web untuk hiburan si anak kecil.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

YouTube Kids Akan Hadir Ke Web Dan Kini Terdapat Penyaring Kandungan Untuk Pelajar Pra-Sekolah

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×