Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi Popular CamScanner Dinyah-Senarai Dari Google Play Store

CamScanner merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna Android yang kerap membuat imbasan dokumen, gambar dan sebagainya. Terbaru, menurut kajian pihak Kaspersky Lab, mereka mendapati yang mana aplikasi berkenaan mengandungi sebuah modul berperisian hasad bersama-sama dengannya.

Perisian hasad berkenaan dikatakan mampu memuat-turun iklan atau aplikasi terus ke peranti Android pengguna. CamScanner mungkin lebih menggunakannya dalam paparan iklan pada aplikasi versi percuma mereka.

Apa pun, kod perisian hasad berkenaan ditemui pada versi aplikasi antara Jun ke Julai, dan ujian pada versi bulan Ogos tidak menemui sebarang masalah buat masa ini.


Pihak Kaspersky Lab sendiri mengatakan yang mana kod perisian hasad berkenaan tidak ditemui pada aplikasi versi terkini. Apa pun, buat masa ini pihak Google masih memilih untuk nyah-senaraikan ia daripada Google Play Store. Mungkin kita akan melihat ia kembali dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi Popular CamScanner Dinyah-Senarai Dari Google Play Store

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×