Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apple Dikatakan Membelanjakan RM24 Bilion Untuk Membangunkan Kandungan Eksklusif Untuk Apple TV+

Semalam, Apple telah menunjukkan video acah pertama untuk The Morning Show, iaitu siri televisyen eksklusif pertama untuk perkhidmatan penstriman mereka, Apple TV+. Siri televisyen tersebut, yang dibintangi Reese Witherspoon dan Jennifer Aniston merupakan salah satu daripada beberapa siri televisyen dengan bajet besar yang akan dapat ditonton melalui perkhidmatan penstriman tersebut. Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Apple telah membawa masuk Jamie Erlicht dan Zack Van Amburg daripada Sony Pictures Television untuk membangunkan kandungan-kandungan eksklusif ini, dan diberikan bajet sebanyak $1 bilion (~RM4 bilion) untuk melakukannya. Terkini, ia dilaporkan bahawa jumlah wang tersebut telah meningkat sebanyak enam kali ganda ke $6 bilion (~RM24 bilion). Ini mungkin kerana Apple ingin menarik minat para pelakon popular Hollywood untuk membintangi siri-siri TV dan filem eksklusif mereka. Selain The Morning Show, Apple juga bakal hadir dengan See, sebuah siri televisyen fiksyen sains yang akan dibintangi Jason Momoa, dan dijangka akan menjadi salah satu daripada siri televisyen paling mahal di platform Apple TV+. Buat masa ini, harga untuk perkhidmatan Apple TV+ masih belum disahkan, tetapi terdapat ura-ura bahawa ia akan ditetapkan pada $9.99 (~RM40) selepas waktu percubaan percuma selama sebulan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apple Dikatakan Membelanjakan RM24 Bilion Untuk Membangunkan Kandungan Eksklusif Untuk Apple TV+

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×