Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

Huawei P30 Pro adalah peranti mercu Huawei tahun ini. Ia dilancarkan pada tahun lepas dan ia merupakan sebuah peranti dengan kemampuan kamera yang sangat hebat. Peranti ini menerima skor DxOMark sebanyak 112 iaitu yang paling tinggi setakat ini.

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha yang bakal umat Islam sambut pada hari 11 Ogos ini (Ahad), Huawei telah melancarkan Huawei P30 Pro edisi khas dengan warna Pearl White. Keistimewaan peranti ini adalah ia merupakan berkas dengan kerangka pelindung dengan kristal daripada Swarovski. Harga jualan untuk satu berkas adalah AED2,599, iaitu sekitar RM2,966. Set berkas ini hanya boleh dibeli di Emiriah Arab Bersatu.

Bagi yang sudah memiliki Huawei P30 Pro, Huawei turut menjual kerangkanya sahaja tanpa sebarang berkas. Ia sesuai untuk hadiah kepada ibu atau isteri tersayang. Harga jualan adalah AED499, iaitu sekitar RM569.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Melancarkan Huawei P30 Pro Edisi Swarovski Bersempana Hari Raya Haji

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×