Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mingguan Amanz – Streamyx 8Mbps RM69, Xiaomi Mi Band 4 Malaysia, BlackShark 2 Pro

Minggu ini menyaksikan Xiaomi melancarkan beberapa peranti baru untuk pasaran tempatan. Antaranya adalah Xiaomi Mi A3 yang hadir dengan Android One pada harga bermula RM899, selain pengenalan Mi Band 4 pada harga RM149.

Selain itu, pada peringkat global, peranti memfokuskan permua daripada BlackShark telah diperkenalkan, iaitu BlackShark 2 Pro dengan cip Snapdragon 855+.

Dalam arena telekomunikasi, TM kini mengumumkan kemaskini harga untuk Streamyx 8Mbps yang akan ditawarkan pada harga RM69 untuk pelanggan sedia ada, atau RM89 untuk pelanggan baru. Selain itu, TM turut mengatakan akan berkongsi lanjut mengenai kemaskini ini pada minggu akan datang.

Selain TM, kini Celcom turut mengumumkan penawaran perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka di seluruh Malaysia.

Dan akhir sekali, kini Samsung telah memperkenalkan tablet terbaru mereka, iaitu Galaxy Tab S6 yang hadir dengan spesifikasi tinggi, dan memfokuskan kepada kreativiti dan produktiviti.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Mingguan Amanz – Streamyx 8Mbps RM69, Xiaomi Mi Band 4 Malaysia, BlackShark 2 Pro

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×