Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kajian SKMM: Pengguna Lebih Gemar Membeli Barangan Di Atas Talian Berbanding Di Kedai Fizikal

Minggu lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berkongsikan Kajian Pengguna e-Dagang 2018 (ECS 2018) terhadap penggunaan arena e-dagang dalam negara. Ternyata, hasil pemerhatian kajian ini menunjukkan hampir separuh daripada pengguna tempatan (51.2%) telah menggunakan platform e-dagang ini sebagai pilihan mereka untuk membeli-belah barangan. Kutipan data ini telah dilaksanakan sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu.

Pemerhatian ini bukan sekadar menilai angka penggunaan platform e-dagang tempatan sahaja. Namun ia juga bertujuan untuk mengetahui faktor dan kesan pada sektor ekonomi digital negara berdasarkan pertumbuhan arena ini.

Kemudahan Untuk Mengakses Laman E-Dagang

Menerusi kajian yang dilakukan, hampir 84.4% bersetuju akan kenyataan bahawa penggunaan pada platform di e-dagang dilihat lebih mudah untuk diakses. Kemudahan akses ini juga turut diukur berdasarkan kepada kesesuaian pada penggunaan laman platform tanpa mengira waktu dan di mana jua anda berada. Keselesaan sedemikian mampu memberi impak yang positf kepada pengguna untuk terus menggunakan platform e-dagang tersebut.

Penetapan Harga Pada Tahap Yang Kompetitif

Berdasarkan pemerhatian SKMM juga, penetapan harga yang begitu kompetitif antara barangan turut berjaya menarik perhatian pengguna. Di mana seramai 73.0% pengguna didorong dengan faktor ini. Pelbagai strategi dilaksanakan dengan pemberian seperti rebat tunai, baucar diskaun dan ganjaran menarik. Turut difahamkan purata umur 30 tahun ke bawah antara kumpulan yang paling tinggi melakukan transaksi pada platform e-dagang berdasarkan faktor tersebut.

Penggunaan Dompet Digital Yang Kian Meningkat

Selain itu, menerusi penggunaan dompet digital yang kian meningkat juga secara tidak langsung ia membuka ruang kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut sebagai transaksi kepada pembayaran dalam talian. Antara dompet digital yang sering digunakan adalah seperti Boost, WeChat  Pay dan Touch ‘n Go.

Telefon Pintar Dan Media Sosial Sebagai Medium Utama

Apa yang menarik, kajian turut mendedahkan penggunaan telefon intar sedikit sebanyak memberikan impak yang positif kepada penggunaan e-dagang dalam kalangan pengguna. Ia berfungsi memudahkan aktiviti pembelian barangan dan penggunaan perkhidmatan secara talian. Sebanyak 78.3% menggunakan peranti pintar tersebut sebagai alat penghubung mereka dengan platform e-dagang.

Manakala, penggunaan media sosial turut menjadi salah satu medium kepada pengguna bagi pengesahan maklumat setiap barangan. Hampir 44.1% mengakui wujudnya platform sedemikian secara terus dapat membantu dan melindungi pengguna daripada sebarang penipuan pembelian dalam talian.


Untuk makluman anda juga, menerusi kajian ini telah menunjukkan antara pengguna negeri yang menyumbang kepada kenaikan penggunaan e-dagang tempatan adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya – 70.5%, Labuan – 60.5% dan Perlis – 44.5%. Menerusi kutipan data ini turut dikatakan angka penglibatan pengguna wanita (53.9%) lebih tinggi berbanding pengguna lelaki (48.8%).

Malah, laporan daripada World Bank Group 2018 turut mengesahkan Malaysia duduki tempat kedua pada rantau Asia Tenggara pada aspek peratusan e-dagang ini. Sekali gus menunjukkan, peningkatan e-dagang negara berada pada tahap yang baik.

Melalui kajian ini secara tidak langsung ia bukan sekadar dapat perolehi data terkini namun turut dapat memahami aliran semasa ekonomi digital di Malaysia untuk penambaikan di masa hadapan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kajian SKMM: Pengguna Lebih Gemar Membeli Barangan Di Atas Talian Berbanding Di Kedai Fizikal

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×