Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Adobe Memberi Amaran Untuk Tidak Menggunakan Versi Lama Creative Cloud – Kemungkinan Akan Disaman Oleh Parti Ketiga

Perisian kreatif Adobe Creative Cloud ialah sekumpulan perisian kreatif oleh Adobe yang digunakan oleh ramai pereka grafik dan penyunting video profesional untuk tugasan harian mereka.

Ada diantara mereka yang masih menggunakan perisian versi lama kerana ingin mengelak masalah keserasian fail dimana kadang-kala tidak semua orang mempunyai versi perisian Adobe yang sama.

Terkini, pihak Adobe telah mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka meminta semua pengguna-pengguna mereka untuk menggunakan perisian Creative Cloud versi terbaru. Adobe juga baru-baru ini dikatakan telah menghentikan sokongan dan lesen untuk penggunaan perisian Creative Cloud versi lama ini.

Menurut Adobe lagi, terdapat kebarangkalian bahawa mereka yang masih menggunakan Adobe Creative Cloud versi lama ini akan disaman oleh “parti ketiga” disebabkan perisian terkandung yang menggunakan teknologi yang tidak lagi dilesenkan kepada Adobe.

Menurut laporan Apple Insider, Adobe kini sedang disaman oleh Dolby, kerana enggan membayar pampasan royalti untuk teknologi yang dilesenkan kepada syarikat tersebut, dan keengganan pihak Adobe untuk diaudit jualan perisian mereka.

Adobe juga hadir dengan kenyataan dimana selepas ini, hanya dua versi terkini Adobe Creative Cloud boleh dimuat-turun melalui laman web Adobe untuk memastikan pengguna menggunakan perisian yang terbaru dan paling stabil.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Adobe Memberi Amaran Untuk Tidak Menggunakan Versi Lama Creative Cloud – Kemungkinan Akan Disaman Oleh Parti Ketiga

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×