Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fail Pemasangan Microsoft Edge Untuk MacOS Telah Tertiris Ke Arena Web

Pada acara Build 2019, Microsoft telah mengumumkan bahawa Microsoft Edge berasaskan Chromium akan hadir ke macOS. Walau bagaimanapun, Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh untuk membolehkan pengguna mengujinya. Namun pautan fail pemasangannya telah tertiris ke web, sekaligus membolehkan pengguna memasangan Pelayar Web Ini pada Mac.

Pautan ini dijumpai oleh WalkingCat di Twitter yang sentiasa terkenal dengan perkongsian terkini yang berkaitan dengan Microsoft. Apa yang menarik, pautan ini adalah daripada pelayan Microsoft sendiri, sekaligus membuatkan fail ini selamat digunakan.

Pautan ini membolehkan pengguna memasang Microsoft Edge Canary versi 76.0151.0, iaitu sebuah versi yang diuji secara tertutup. Bermakna, Pelayar Web ini mungkin terdapat pepijat dan ketiadaan sejumlah fungsi berbanding versi akhir kelak.

Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh memasangnya untuk melihat sendiri bagaimana pelayar web ini beroperasi pada Mac. Ia menawarkan pelayar web Chromium yang lebih ringan dengan penyertaan sejumlah teknologi dan perkhidmatan Microsoft di dalamnya.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Fail Pemasangan Microsoft Edge Untuk MacOS Telah Tertiris Ke Arena Web

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×