Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Instaweb Menerima Suntikan Dana RM800,000 Daripada Cradle – Platform Memudahkan Pengguna Membina Web Tersendiri

Etesha Sdn Bhd kini telah Menerima Suntikan Dana sejumlah RM800,000 daripada program pelaburan Cradle Fund Sdn Bhd iaitu Direct Equity 800 (DEQ800). Pelaburan ini akan digunakan untuk mengembangkan lagi platform pembangunan web mereka, Instaweb.

Instaweb adalah platform membina Laman Web automatik yang boleh mencipta laman web dari Facebook Pages dengan mudah. Instaweb telah berkembang dengan menyokong lebih 3,000 pelanggan mereka bagi penambah-baikan perniagaan dalam arena digital.

Issani Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Etesha menyatakan dana tersebut akan digunakan untuk mengembangkan lagi pelanggan Instaweb. Mereka menyasarkan seramai 10,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memiliki laman web tersendiri melalui Instaweb. Selain itu, mereka turut merancang untuk menaik-taraf platform ini, sekaligus mengembangkannya pada pasaran Australia, Jepun dan Thailand.

Melalui kerjasama dengan Cradle ini, Instaweb dapat berhubung lebih dekat bersama Kementerian Kewangan Malaysia. Seterusnya, memberi perhatian pada penyelesaian perkembangan dalam menyelesaikan masalah penembusan laman web di kalangan PKS di Malaysia secara berskala.

Layari: Instaweb 



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Instaweb Menerima Suntikan Dana RM800,000 Daripada Cradle – Platform Memudahkan Pengguna Membina Web Tersendiri

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×