Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laporan Kaspersky Labs Memperlihatkan Bahawa Separuh Daripada Komputer ICS Di Beberapa Rantau Mengalami Serangan Perisian Hasad

Komputer Industrial Control System (ICS) ialah sistem komputer yang digunakan untuk mengawal sistem pengilangan, dan proses-proses yang penting didalam sektor perindustrian.

Menurut laporan oleh kumpulan ICS CERT Kaspersky Labs, jumlah serangan perisian hasad melalui kaedah pancingan data (phishing) yang dihantar secara rawak kepada alamat-alamat emel kilang, dan diakses melalui komputer-komputer ICS ini.

Pada tahun 2018, ia dikatakan bahawa jumlah komputer ICS yang diserang oleh perisian-perisian hasad melalui kaedah pancingan data ini meningkat kepada 47.2 peratus daripada 44 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Laporan ICS CERT tersebut juga menunjukkan bahawa tiga negara dimana komputer-komputer ICS mereka terselamat daripada ancaman godaman dengan bantuan perisian Kaspersky Labs termasuklah Vietnam (70.09 peratus), Algeria (69.91 peratus) dan Tunisia (64.57 peratus).

Menurut Yeo Siang Tiong, Pengurus Besar Kaspersky Labs Asia Tenggara, pertengahan tahun kedua 2018 memperlihatkan pengurangan jangkitan pada komputer-komputer ICS di Malaysia daripada 50.8 peratus kepada 41.1 peratus.

Pihak ICS CERT turut memberikan beberapa panduan untuk memastikan komputer-komputer ICS ini selamat daripada serangan godaman, seperti:

  • Mengemaskini sistem operasi anda secepat dan sekerap yang mungkin
  • Mengemaskini sistem sekuriti dan menyekat trafik rangkaian tempat kerja
  • Gunakan perisian sekuriti dan antivirus untuk semua komputer-komputer ICS
  • Pastikan perisian sekuriti dan antivirus sentiasa dikemaskini
  • Gunakan perisian pemantauan ICS untuk mengurangkan lagi kebarangkalian mengalami serangan godaman.


This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Laporan Kaspersky Labs Memperlihatkan Bahawa Separuh Daripada Komputer ICS Di Beberapa Rantau Mengalami Serangan Perisian Hasad

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×