Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

The Lorry Menerima Suntikan Dana Siri-B Sebanyak RM24 Juta – Akan Mengukuhkan Operasi Serantau

Hari ini, TheLorry telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan kejayaan mereka dalam meningkatkan pendanaan dalam Siri B pada jumlah sebanyak US $ 5.85 juta (RM23,846,355,000 juta).

Berikut, pedanaan Siri B ini telah diketuai oleh FirstFloor Capital bersama penglibatan PNB-INSPiRE I Ethical Fund, Cradle Seed Ventures dan Axiata Digital Innovation. Pelabur sedia ada, SPH Ventures, turut mengambil bahagian dalam pusingan siri kali ini. Berdasarkan peningkatan pengumpulan dana ini, TheLorry berhasrat untuk mengukuhkan lagi operasi mereka di Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia.

Nadhir Ashafiq – Pengasas TheLorry, menyatakan perolehan dana itu bukan sahaja akan digunakan untuk mengukuhkan kedudukan operasi mereka di empat pasaran di seluruh Asia Tenggara malah dapat membangun dan meningkatkan persepsi pemandu Lori Dan Trak dalam komuniti masing-masing. Mereka turut menekankan mahu menjadi agen perubahan dalam meningkatkan status dan pendapatan pemandu lori dan trak pada rantau ini.

TheLorry adalah platform logistik yang menghubungkan pelanggan, individu dan korporat. Ia ditubuhkan dengan tujuan menggunakan teknologi untuk membuat logistik lebih cekap dan berpatutan. Platform ini menyediakan penyelesaian pemindahan rumah dan perabot yang telus, selamat dan boleh dipercayai kepada para pelanggan. 

Sebelum ini dalam Siri A, potensi TheLorry telah dipertingkatkan dengan pulangan keuntungan pada operasi di Malaysia dan Singapura. Kini, ia telah mula berkembang di Thailand dan Indonesia melalui peningkatan pertumbuhan berganda pada operasinya sejak dilancarkan.

Tempah: The Lorry



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

The Lorry Menerima Suntikan Dana Siri-B Sebanyak RM24 Juta – Akan Mengukuhkan Operasi Serantau

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×