Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pemalam Windows Defender Application Guard Ditawarkan Untuk Chrome Dan Firefox

Microsoft nampaknya giat memperluaskan beberapa perkhidmatan mereka ke sejumlah platform yang berbeza. Ia berikutan daripada bilangan pengguna yang lebih besar pada platform alternatif, berbanding platform yang disediakan oleh Microsoft sendiri. Pada hari ini, salah satu pemalam yang dikhaskan untuk pelayar Microsoft Edge kini telah diperluaskan ke pelayar Google Chrome Dan Firefox – melalui pemalam Windows Defender Application Guard.

Pemalam ini membolehkan komputer perusahaan dilindungi daripada serangan pihak ketiga. Apabila pengguna menekan sesuatu URL yang tidak disertakan Oleh Pengendali Komputer (administrator), ia akan dibuka di dalam bekas maya (virtual container) bagi mengelakkan ia menceroboh sistem komputer tersebut.

Melalui tindakan ini, ia sekaligus menghalang kemasukan beberapa perkara, seperti ancaman perisian hasad yang dapat mengawal sejumlah aktiviti di dalam komputer pengguna.

Walaupun pemalam ini direka untuk Chrome dan Firefox, ia masih memerlukan Microsoft Edge dipasang pada komputer. Ia diperlukan kerana URL yang tidak sertakan oleh pengendali komputer sebenarnya dibuka dalam sesi pelayar khas daripada Microsoft Edge. Hanya URL yang disertakan dalam senarai sahaja akan dibuka pada pelayar web asal.

Fungsi ini telah sedia diuji untuk pengguna Windows 10 Insider Preview yang menjalankan binaan 1803. Bagi pengguna yang menjalankan Windows 10 Preview ini, anda boleh mendapatkan pemalam untuk Chrome atau Firefox, dan memasangnya bersama aplikasi companion daripada halaman Microsoft Store.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Pemalam Windows Defender Application Guard Ditawarkan Untuk Chrome Dan Firefox

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×