Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TAIHE Gemini Adalah Paparan Mudah Alih USB-C – Hadir Dengan Bateri Terbina Dan Skrin Sesentuh

Sebagai seorang penulis di Amanz, paparan (tambahan) adalah satu benda penting yang memudahkan kerja. Tetapi, apabila berjalan jauh – ketiadaan paparan ini kadangkala ada terasa sesuatu dalam hidup kurang lengkap.

TAIHE Gemini adalah solusi kepada masalah ini. Taihe Gemini Adalah jenama untuk dua jenis paparan. Menariknya, paparan ini adalah paparan mudah alih dengan bateri terbina. Selain daripada itu, ia turut mempunyai kaki (kickstand) terbina untuk mudah diletakkan pada permukaan yang rata. Bagi yang sudah beralih ke USB-C, paparan ini turut boleh disambungkan melalui kabel ini.


Paparan ini hanya mempunyai satu saiz sahaja, iaitu 15.6 inci. Tetapi ia mempunyai dua variasi yang boleh dipilih; satu versi FHD dan satu lagi adalah versi UHD. Menurut TAIHE Gemini, dua paparan ini adalah paparan mudah alih termurah yang berada di pasaran setakat ini. Panel yang digunakan adalah jenis a-Si TFT-LCD, hadir dengan pelbagai port sambungan, kadar segar semula 60Hz, dua pembesar suara terbina, bateri sebesar 5000mAh dengan ketahanan 5 jam serta ketebalan daripada 8mm sahaja.

Pengguna yang memiliki Nintendo Switct atau yang gemar mempunyai skrin kedua dan ingin membawa ke mana sahaja – ini adalah satu pilihan menarik.

TAIHE Gemini dijual melalui laman biayasama pada harga $189 (~RM778) untuk FHD dan $269 (~RM1107) untuk UHD. Dua harga ini hanya ditawarkan di Kickstarter dan untuk yang terawal sahaja. Jika pembiayaan berjaya, ia akan berada di pasaran dengan tanda harga $299 (~RM1230) dan $499 (~RM2054).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

TAIHE Gemini Adalah Paparan Mudah Alih USB-C – Hadir Dengan Bateri Terbina Dan Skrin Sesentuh

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×