Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Monitor Ultra Lebar 43.4″ Lenovo ThinkVision P44w Menyokong Kadar Segar Semula 144Hz

Dua model kemaskini Lenovo ThinkPad X1 Carbon dan X1 Yoga telah diumumkan hari ini dengan sokongan USB-C Thunderbolt 3. Ini membolehkannya disambungkan kepada pelbagai monitor sekunder. Bagi memenuhi keperluan industri, monitor Lenovo ThinkVision P44w telah diumumkan. Ia adalah sebuah monitor 43.4″ ultra lebar lengkung yang bukan sahaja menyokong paparan Dolby Vision HDR malahan mempunyai kadar segar semula 144Hz.

Monitor ini mempunyai nisbah skrin 32:10 yang sama seperti menggabungkan dua monitor 24″ bernisbah 16:10. Resolusi maksimum yang disokong ialah 3840×1200 pixel dengan keterangan maksimum 450 nits yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR 400. Dua sambungan USB-C boleh dilakukan dengan pelbagai pilihan mod paparan seperti gambar-dalam-gambar atau secara sebelah menyebelah. Turut disertakan ialah 2 HDMI 2.0, 1 DP 1.4, 4 USB 3.1 dan satu output audio. Dua USB-A dan satu port audio tersorok kemas pada bahagian dagu P44w dan hanya kelihatan apabila diperlukan.

Bercakap mengenai audio terdapat sokongan pembesar suara Harman Kardon yang dijual secara berasingan. Leher monitor ini boleh dilaras ketinggian, dongakan dan juga pusingan bagi memberikan posisi terbaik kepada pengguna. Dengan sumber kuasa 90W, ia boleh menjadi hab pengecas untuk dua komputer riba 45W dan sebuah telefon pintar. Lenovo ThinkVision P4w akan dijual bermula April pada harga $1299 (~RM 5342).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Monitor Ultra Lebar 43.4″ Lenovo ThinkVision P44w Menyokong Kadar Segar Semula 144Hz

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×