Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Group Stories Diperkenalkan Kepada Semua – Perkongsian Stories Pada Facebook Groups

Facebook sedia berkongsi sebelum ini mengatakan Perkongsian dalam bentuk format Stories akan melangkaui perkongsian biasa dalam masa setahun lagi. Selari dengannya, gergasi laman sosial berkenaan sendiri telah mula memperkenalkan satu demi satu perubahan pada platform mereka.

Selepas menguji sokongan Stories pada Facebook Groups sebelum ini, kini Facebook mengumumkan yang mana ciri berkenaan akan diperkenalkan kepada semua di seluruh dunia.

Melalui sokongan Group Stories, ia membolehkan ahli dalam sesuatu kumpulan untuk berkongsi dalam bentuk kolaborasi, dan menghasilkan perkongsian Stories yang menarik.

Seperti biasa, pentadbir Groups boleh membuat tetapan dan memilih untuk tidak menerbitkan sesuatu perkongsian daripada ahli kumpulan berkenaan.

Dengan pengenalan ini juga, Facebook kini menyertakan sokongan reaksi pada Group Stories, sekaligus memudahkan ahli dalam kumpulan berkenaan untuk berkongsi reaksi atas perkongsian rakan-rakan yang lain.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Group Stories Diperkenalkan Kepada Semua – Perkongsian Stories Pada Facebook Groups

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×