Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ini Ialah Motosikal Pertama Yang Dihasilkan Menerusi Cetakan 3D

Cetakan 3D kini telah digunakan untuk mencetak komponen pesawat penumpang, kereta, senjata dan juga rumah. Terdapat ramalan mengatakan di masa hadapan setiap rumah akan mempunyai pencetak 3D dan pengguna hanya perlu membeli pelan biru dari pengeluar untuk mencetak produk yang diingini. Ramalan Ini Masih Belum menjadi realiti tetapi semakin banyak produk telah Dihasilkan Menggunakan Teknik ini.

Nera Ialah Motosikal Pertama yang dihasilkan menggunakan teknik percetakan 3D. Sebanyak 15 komponen digunakan pada motosikal elektrik sebesar 60 kilogram ini. Kerana teknologi ini masih belum cukup matang, Nera tidak mempunyai sistem suspensi tradisional.

Bagi memastikan keselesaan penunggang, terdapat sistem penyerap hentakan terbina pada tempat duduk. Tayar yang digunakan juga tidak berangin dan sebaliknya mempunyai rekaan sarang lebah sekali lagi untuk menyerap hentakan. Buat masa ini Nera hanyalah sebuah prototaip dan tidak bersedia untuk dijual kepada umum.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Ini Ialah Motosikal Pertama Yang Dihasilkan Menerusi Cetakan 3D

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×