Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

The Criterion Collection Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Pada Tahun 2019

Jika anda seorang peminat filem, The Criterion Collection bukanlah nama yang asing. Filem DVD dan BluRay keluaran mereka bukan sahaja mempunyai kualiti visual dan audio terbaik, malah hadir dengan pelbagai kandungan tambahan seperti video di sebalik tabir, audio komentar pengarah dan babak yang dipotong. Mereka telah mengumumkan akan melancarkan perkhidmatan penstriman mereka sendiri pada tahun 2019.

Perkhidmatan The Criterion Channel diumumkan secara mengejut selepas perkhidmatan Filmstruck ditutup. Sebelum ini Filmstruck memegang hak penstriman eksklusif untuk kandungan The Criterion Collection. Bayaran bulanan yang dikenakan ialah $10.99 atau $100 setahun.

The Criterion Channel kelak akan menawarkan kandungan filem lengkap dengan audio komentar pengarah, babak dipotong, dokumentari, temuramah pengarah dan sebagainya apabila dilancarkan seawal Mac 2019. Malang sekali ia hanya akan ditawarkan untuk pengguna Amerika Utara sahaja buat masa ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

The Criterion Collection Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman Pada Tahun 2019

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×