Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Apa Fungsi Yang Anda Boleh Dapati Pada Vivo NEX?

Vivo NEX telah memasuki pasaran tempatan sejak Julai lalu. Telefon Pintar Ini merupakan peranti pertama yang dilancarkan oleh Vivo Malaysia dengan rekaan skrin hampir nirbingkai tanpa sebarang takuk. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi terkini, iaitu kamera hadapan yang boleh disembunyikan serta pengimbas cap jari terbina dalam skrin.

Berikut merupakan antara fungsi menarik yang boleh didapati pada peranti keluaran Vivo ini.

Prestasi Berkuasa Dengan Kehadiran Cip Snapdragon 845

Vivo NEX dijana dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang terbaik dengan memori 8GB RAM dan storan 128GB. Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan Unit Pemprosesan Grafik Adreno 630 yang 30% lebih berkuasa. Sudah tentu untuk peminat permainan video, peranti ini mampu menjalankan permainan yang paling intensif. Tambahan lagi, Vivo NEX turut tersenarai di kedudukan teratas pada jualan Q3 Smartphone di China yang sekaligus membuktikan prestasi baik Vivo NEX.

Rekaan Skrin Hampir Nirbingkai Tanpa Takuk

Bagi memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada pengguna, telefon pintar ini dibina dengan paparan skrin 6.59-inci Super AMOLED dengan resolusi HD+ penuh. Selain itu, Vivo NEX dibina dengan skrin bernisbah 19:3:9 dan nisbah skrin pada badan sebanyak 91.24%, yang mana ia kelihatan lebih besar berbanding telefon pintar yang lain.

Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar lain, rekaan skrin yang besar tanpa takuk terbina pada Vivo NEX ini tidak akan menghalang anda untuk menonton video dengan lebih selesa tanpa mengganggu pandangan. Penggunaan skrin yang besar juga menepati keperluan pengguna dengan peranti berskrin besar bagi memudahkan mereka, membaca email, melayari internet atau menstrim video.

Peranti Dengan Kamera Dilengkapi Kecerdasan Buatan

Pada kerangka peranti pula, ia direka dengan kamera hadapan yang boleh melungsur keluar atau ‘pop up’. Bahagian kamera hadapan dilengkapi dengan sensor 8MP yang boleh disembunyikan, selain dwi-kamera belakang 12MP + 5MP. Vivo turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan pada bahagian kamera bagi menghasilkan rakaman yang lebih cantik berbanding biasa. Kamera hadapan boleh laras ini boleh disembunyikan di dalam badan telefon dan dinaikkan dalam masa satu saat untuk membolehkan pengguna menangkap gambar sendiri dengan lebih pantas dan efisien.

Lensa yang digunakan pada perati ini merupakan lensa Sony IMX363 generasi baru bersama Optic Image Stabilization (OIS) 4-paksi berketepatan tinggi yang digabungkan dengan Electronic Image Stabilization (EIS). Menariknya, ia turut memaparkan pelbagai ciri-ciri kecerdasan buatan seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters dan AI Portrait Framing yang mana Vivo NEX membantu pengguna mendapatkan hasil tangkapan gambar yang hebat di dalam apa jua persekitaran.

Berikut merupakan gambar yang dirakam menggunakan vivo NEX di sekitar Kuala Lumpur oleh dua jurugambar tempatan, June Lim & Gradient Lok.

Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin

Telefon pintar ini turut menggunakan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang mana sensor cap jari dibina tersembunyi di bawah paparan, yang menjadikan rekaan peranti ini kelihatan lebih kemas dan minimalis. Teknologi soundcasting skrinnya menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon yang termasuk sistem pembesar suara tanpa lubang yang kelihatan pada Vivo NEX.

Peranti ini turut menggantikan penutur earpiece tradisional sepenuhnya dengan teknologi SoundCasting Screen yang mana bukan sahaja mengurangkan bezel atas, tetapi juga meningkatkan kualiti bunyi dengan bass yang lebih kuat dan lebih lembut dan treble yang licin. Menariknya, Vivo NEX mengamalkan teknologi pengimbasan cap jari generasi ketiga Vivo yang telah diberi penambahbaikkan untuk ketepatan dan kelajuan peranti, berikutan kejayaan Vivo dengan X20UD dan X21. Teknologi ini menyembunyikan sensor cap jari di bawah paparan semasa masih menyampaikan akses cap jari di hadapan telefon.


Bagi pengguna yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, Vivo NEX kini boleh didapati di rangkaian Vivo Concept Stores, rakan kerjasama dan pengedar sah Vivo pada harga RM2,799. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Vivo Malaysia atau ikuti laman sosial rasmi Vivo Malaysia di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

Beli: Rangkaian E-Store Vivo NEX



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Apa Fungsi Yang Anda Boleh Dapati Pada Vivo NEX?

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×