Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Acer Predator Orion 9000 Dan 5000 Dikemaskini Dengan Cip Intel Core Generasi-9

Pemproses Intel Core generasi kesembilan telah diumumkan secara rasmi semalam. Cip Intel Core i9-9900K  adalah yang paling berkuasa kerana boleh dilewah jam sehingga 5GHz, dilengkapi lapan teras dan enam belas bebenang kuasa. Selari dengan pengenalan pemproses terkini, Acer mengemaskini penawaran desktop Predator Orion 9000 dan Orion 5000 mereka.

Predator Orion 9000 kini ditawarkan dengan pemproses Intel Core i9-9900K generasi kesembilan dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Ti. Ini membolehkan desktop ini menjalankan permainan video pada tetapan 8K. Kerangkanya pula dilengkapi sistem lampu RGB dan penyejukan IceTunnel 2.0 yang mengoptimasikan tahap penyejukan.

Predator Orion 5000 juga akan ditawarkan dengan pemproses Intel Core i9-9900K generasi kesembilan tetapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 sahaja. Tiada harga diumumkan buat masa ini tetapi tahun lalu Predator Orion 900 dijual pada harga mencecah RM 28,888. Pendek kata jika anda mahukan desktop berkuasa ini, anda perlu menyimpan wang dengan banyak bermula semalam.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Acer Predator Orion 9000 Dan 5000 Dikemaskini Dengan Cip Intel Core Generasi-9

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×