Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

OnePlus Dikecam Kerana Membuang Bicu Audio Pada OnePlus 6T

Seperti yang sedia maklum, pada dua minggu lepas Oneplus 6T telah disahkan tidak akan hadir dengan bicu audio 3.5mm. Untuk itu OnePlus dikatakan akan hadir dengan Bullets v2 USB-C dan Bullets Wireless generasi baru agar peminat sedia berhijrah sepenuhnya ke dunia USB-C dan nirwayar.

Kini, di Twitter rasmi OnePlus – selepas mengicau mengenai mereka hanya membina sebuah telefon pintar yang membuat pengguna gembira, OnePlus dikecam oleh peminat mereka.

Sudah tentu ramai peminat yang marah, geram dan mula kecewa akan OnePlus. Mereka yang dahulunya terkenal dengan penghasilan telefon pintar yang serba lengkap dan harga yang berbaloi – kini mula mengikut jejak langkah pesaing lain.

Peminat OnePlus di Malaysia pula bagaimana, Adakah anda akan setia kepada jenama OnePlus atau akan beralih ke iPhone XR atau iPhone XS/XS Max atau juga akan terus beralih ke pilihan yang lebih murah seperti Pocophone F1?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

OnePlus Dikecam Kerana Membuang Bicu Audio Pada OnePlus 6T

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×