Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

TM Kini Memberikan Fokus Spesifik Untuk Menambah-Baik Pengalaman Pengguna Streamyx

Telekom Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi dan sekali lagi menekankan yang mana mereka komited dalam menambah-baik pengalaman jalur-lebar Pengguna seluruh negara. Seperti ramai sedia maklum, sejak beberapa bulan lepas, TM telah memulakan proses naik-taraf kelajuan untuk pengguna Unifi, malah menawarkan pelan yang lebih berharga murah – tetapi Pengguna Streamyx seperti diabaikan.

Menyentuh mengenainya, TM mengatakan kini mereka lebih memberikan penekanan dan fokus dalam menambah-baik dan mempertingkatkan pengalaman jalur-lebar pengguna Streamyx. Menurut TM, ia mudah meningkatkan kadar kelajuan pengguna Unifi kerana ditawarkan menerusi fiber, tetapi untuk pengguna Streamyx ia menghadapi cabaran kerana ditawarkan menerusi rangkaian tembaga yang mempunyai beberapa had tersendiri. Keterbatasan rangkaian tembaga ini membuatkan hanya kelajuan 8Mbps sahaja yang kelajuan jalur-lebar terbaik yang ditawarkan melaluinya Buat Masa Ini.

Sebelum ini, TM telah pun mengumumkan yang mana mereka akan menaik-taraf pengguna Streamyx dalam kawasan Unifi ke perkhidmatan jalur-lebar berkenaan, sementara sekiranya tiada dalam kawasan dengan rangkaian fiber, maka had kelajuan akan digandakan secara percuma tanpa sebarang caj tambahan.

Buat masa ini, TM mengatakan sekitar 50% daripada pelanggan Streamyx di lokasi Unifi telah memilih untuk membuat naik-taraf percuma, dan mengalakkan sebahagian lagi melakukan perkara sama untuk menerima naik-taraf menjelang Mac 2019 kelak.

Dengan pengumuman baru daripada TM ini, kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran TM untuk pengguna Streamyx tidak lama lagi. Pada hari ini, TM menawarkan pakej Unifi 100Mbps pada harga RM129 sebulan, sementara pengguna Streamyx perlu membayar harga mencapai RM110 sebulan untuk pakej 1Mbps.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

TM Kini Memberikan Fokus Spesifik Untuk Menambah-Baik Pengalaman Pengguna Streamyx

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×