Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Alcatel Melancarkan Tiga Telefon Baru Di Malaysia Pada Harga Bermula RM298

Alcatel hari ini telah memperkenalkan tiga telefon pintar baru untuk pasaran tempatan dengan harga mampu-milik, iaitu Alcatel 1, Alcatel 3L dan juga Alcatel 5V.

Menjadi fokus utama antara ketiga-tiga peranti ini adalah Alcatel 5V. Ia hadir dengan skrin bertakuk 6.2-inci dengan nisbah paparan 19:9, dijana cip MediaTek MT6762, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Menariknya, ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh untuk penggunaan peranti sepanjang hari.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 2MP, selain dilengkapi kamera swafoto 8-megapixel. Peranti ini juga turut mengekalkan sokongan pengimbas cap jari, bicu audio 3.5mm, dan turut hadir dengan integrasi Google Lens pada kamera.

Alcatel 3L pula peranti berspesifikasi dan bersaiz sedikit kecil. Ia hadir dengan skrin 5.5-inci dengan nisbah peranti 18:9, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia turut menggunakan kamera 13-megapixel di belakang, selain kamera hadapan 5-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3000mAh.

Kedua-dua peranti, Alcatel 5V dan juga Alcatel 3L dijana sistem operasi Android Oreo.

Peranti ketiga yang diperkenalkan hari ini adalah peranti berasaskan Android Go, iaitu Alcatel 1.

Alcatel 1 hadir dengan skrin 5-inci dengan nisbah 18:9, cip MediaTek MT6739, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Ia turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta bateri berkapasiti 2000mAh.

Di Malaysia, Alcatel 5V akan dijual pada harga RM898, Alcatel 3L pada harga RM498, dan juga Alcatel 1 pada harga RM298.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Alcatel Melancarkan Tiga Telefon Baru Di Malaysia Pada Harga Bermula RM298

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×