Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Huawei Nova 3i Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1249 – Dilengkapi Empat Kamera

Huawei Malaysia kini telah pun memulakan jualan telefon pintar terbaru mereka di Malaysia, iaitu Huawei Nova 3i. Ia hadir sebagai kemaskini kepada Nova 2i selepas hampir setahun diperkenalkan, dan masih mengekalkan kepada sokongan swafoto melalui dwi-kamera dihadapan.

Huawei Nova 3i hadir menggunakan skrin bertakuk 6.3-inci, dijana cip pemprosesan terbaru Kirin 710, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 128GB.

Ia hadir menggunakan dwi-kamera hadapan 24-megapixel dan 2-megapixel untuk rakaman gambar swafoto – dimana kali ini ia turut dilengkapi sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman gambar yang cantik. Untuk kamera belakang, Huawei menyertakan dwi-kamera belakang 16MP + 2MP. Ciri-ciri tambahan seperti watak animasi emoji dinamakan Qmoji turut disertakan bersama Telefon Pintar Ini.

Huawei Nova 3i ini turut hadir dengan bateri 3340mAh dan boleh dicas menggunakan kabel mikro-USB. Huawei turut menjanjikan kemaskini sokongan GPU Turbo untuk peranti ini yang akan menawarkan pengalaman permainan video lebih baik melaluinya.

Di Malaysia, telefon pintar ini dijual pada harga RM1249. Huawei turut mengatakan pada hari pertama ia dijual, lebih 1000 unit telah habis dijual – sekaligus memperlihatkan permintaan yang tinggi untuk peranti berkenaan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Huawei Nova 3i Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1249 – Dilengkapi Empat Kamera

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×