Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Peranti Huawei Dihalang Memuat-Turun Aplikasi Pemain Media VLC Daripada Play Store

Pemain media VLC merupakan salah satu pemain media popular dengan sokongan pelbagai format media, dan turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik seperti sokongan Chromecast dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, berita sedikit mendukacitakan kepada pengguna Peranti Huawei. Pembangun aplikasi VLC hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menyenarai-hitam peranti Huawei daripada boleh memuat-turun aplikasi Pemain Media Vlc daripada Play Store.

Hal ini adalah disebabkan oleh bagaimana sistem operasi di peranti Huawei yang mengawal aplikasi yang berjalan pada latar yang bukan daripada Huawei. Secara tidak langsung, ia membuatkan audio yang dimainkan pada latar di VLC sering menghadapi masalah.

Buat masa ini, VLC masih boleh dimuat-turun dalam bentuk APK dan dipasang pada peranti Huawei – namun ia mungkin tidak menawarkan pengalaman yang baik untuk penggunaan. Mungkin kita perlu nantikan kemaskini pada EMUI dan sebagainya untuk masalah ini diatasi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Peranti Huawei Dihalang Memuat-Turun Aplikasi Pemain Media VLC Daripada Play Store

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×