Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Oppo Merancang Untuk Membawa Masuk Find X Edisi Lamborghini

Bersama-sama pelancaran Oppo Find X, pihak Oppo Malaysia turut berkongsi secara ringkas berkenaan produk edisi khas mereka, Oppo Find X Edisi Lamborghini. Oppo mengatakan mereka merancang untuk membawa masuknya untuk pasaran tempatan, tetapi masih tidak berkongsi sebarang tarikh dan harganya.

Mengulas lanjut, pihak Oppo turut mengatakan Edisi Khas Ini masih tidak mempunyai harga jualan dan tarikh pemasaran untuknya.

Oppo Find X Edisi Lamborghini ini hadir dengan sedikit perbezaan berbanding versi asal. Dari segi rekaan, ia masih membawakan kamera yang boleh disembunyikan, tetapi menawarkan rekaan kerangka belakang bertekstur – sekaligus menawarkan pengalaman lebih premium.

Disamping itu, model edisi khas ini turut menyertakan sokongan Super VOOC Flash Charge – yang membolehkan bateri berkapasiti 3400mAh dicas penuh dalam masa hanya 35 minit.

Di Eropah, model ini diletakkan pada harga sekitar RM7874 – yang mana boleh dikatakan sekitar sekali ganda berbanding dengan model asal Find X di Malaysia.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Oppo Merancang Untuk Membawa Masuk Find X Edisi Lamborghini

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×