Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Beli Tikat Wayang Pada Harga RM7 Menerusi Promosi Dompet Digital Touch ‘n Go

Penggunaan aplikasi dompet digital untuk pembelian secara nirtunai di Malaysia semakin mendapat sambutan di Malaysia. Touch ‘n Go memperkenalkan dompet digital mereka Mac lalu dan boleh digunakan untuk menaiki pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Kini anda turut boleh membeli tiket wang menggunakannya.

Pada 7 Julai ini anda boleh menggunakan dompet digital Touch ‘n Go untuk membeli tiket wayang pada harga hanya RM 7. Promosi hanya sah untuk pembelian tiket tayangan sebelum jam 7 malam di 7 panggung wayang terpilih Tanjung Golden Village. Panggung wayang tersebut adalah TGV Suria KLCC Kuala Lumpur, AEON Bukit Tinggi Shopping Centre Klang, Wangsa Walk Mall Kuala Lumpur, Jaya Shopping Centre Petaling Jaya, AEON Bukit Indah Shopping Centre Johor, AEON Station 18 Ipoh dan Gurney Paragon Mall Penang.

Pembelian walau bagaimanapun hanya sah untuk filem yang ditayangkan di panggung Standard dan tidak sah untuk IMAX, Beanie, Indulge dan Luxe. Pada waktu yang sama tawaran terhad kepada 10,000 pelanggan pertama. Muat turun aplikasi dompet digital Touch ‘n Go menerusi pautan di bawah.

Muat turun aplikasi Touch ‘n Go versi Android menerusi Google Play

Muat turun aplikasi Touch ‘n Go versi iOS menerusi Play Store



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Beli Tikat Wayang Pada Harga RM7 Menerusi Promosi Dompet Digital Touch ‘n Go

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×