Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Hujah Bagi Membuatkan Anda Memiliki Huawei Nova 3e

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan menamatkan pertengahan tahun 2018. Jika salah satu resolusi anda pada tahun ini adalah untuk mendapatkan telefon pintar yang canggih, saling melengkapi keperluan dan kehendak anda, serta disertakan dengan fungsi-fungsi terkini, jangan pilih yang lain selain Huawei Nova 3e.

Sejak kehadiran siri Nova dalam keluarga Huawei, pengguna kini mempunyai lebih pilihan. Huawei Nova disasarkan bagi mereka yang inginkan kecanggihan Peranti pada harga yang berbaloi dan mampu dimiliki. Berikut merupakan sepuluh hujah yang boleh meyakinkan anda dalam menyempurnakan azam tahun 2018 untuk mendapatkan telefon pintar baru.

Rekaan Menarik Dan Premium

Boleh dikatakan semua manusia di muka bumi inginkan peranti yang tampak menarik dan premium. Ini kerana keterampilan sesebuah peranti tersebut mencerminkan gaya pemiliknya. Dan memiliki Huawei Nova 3e semestinya menghadirkan kepuasan hati buat pemiliknya.

Ini kerana dari segi rekaan, ia hadir dengan kemasan yang licin dan berkilau, dan menghasilkan garis-garis pantulan cahaya apabila dilihat pada sudut tertentu. Pengguna tidak perlu membeli lapisan penghias (skin) untuk peranti ini kerana ia sudah cantik dilihat begitu sahaja.

Melengkapkan pandangan yang memukau ini, adalah pengalaman memegang peranti ini yang turut memberikan keselesaan. Ia dilengkapi dengan kerangka aluminimum di bahagian tengah dan juga kaca 2.5D di bahagian belakang membuatkan peranti selesa digenggam. Malah jika anda terlalu inginkan Huawei P20 namun mungkin mempunyai kekangan bajet, melihat peranti ini saling tidak tumpah bagaikan peranti P series sekaligus memberikan lebih pulangan untuk wang yang dibelanjakan.

Prestasi

Bermula dari Nova 2i yang menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan sendiri oleh Huawei, Nova 3e turut menggunakan cip pemprosesan Kirin 659, yang mana diperakhui oleh pengguna peranti Huawei yang lain mengenai kelancaran peranti yang menggunakan cip ini. Cip Kirin 659 merupakan cip pemprosesan 8 teras, dengan 4x A53 2.36GHz dan juga 4x A53 1.7GHz.

Bagi membuatkan prestasi telefon berjalan lancar, ia turut disempurnakan dengan kehadiran RAM sebesar 4GB yang mampu menjamin kelancaran pelbagai aplikasi yang digunakan secara serentak. Hal ini semestinya memudahkan mereka yang ingin menggunakan Huawei Nova 3e sebagai peranti untuk melakukan kerja ringkas.

Paparan FullView 2.0

Salah satu trend popular peranti tahun ini adalah dengan paparan skrin yang memenuhi keseluruhan muka hadapan peranti. Dengan besarnya paparan skrin ia membolehkan lebih banyak maklumat dipaparkan. Huawei yang popular dengan teknologi FullView telahpun membawakan versi terbaru FullView 2.0 pada Huawei Nova 3e.

Menerusi fungsi FullView 2.0, ia membawakan paparan skrin bersaiz 5.84-inci 2160×1080 yang dilengkapkan dengan kepadatan skrin 432 DPI. Pada DPI sebegini, melihat setiap huruf yang terpapar pada skrin Nova 3e tidak menghasilkan sebarang cacat-cela dan sekaligus menyelesakan mata pengguna melihat paparan peranti untuk jangkamasa yang panjang. Malah satu perkara yang harus dipuji adalah saiz takuk yang terdapat pada paparan skrin tidak terlalu besar dan menjengkelkan seperti yang terdapat pada peranti lain.

Kapasiti Storan 128GB

Seiring dengan perkembangan pesat dunia internet dan juga gaya hidup masa kini, kadangkala pengguna banyak merakam gambar, memasang pelbagai aplikasi, menyimpan video-video penstriman untuk ditonton kemudian justeru memerlukan fungsi kapasiti storan yang besar bagi menyimpan kesemua data-data ini.

Anda sebagai bakal pemilik Huawei Nova 3e tidak perlu risau kerana setiap peranti ini datang dengan kapasiti storan sebesar 128GB dan kapasiti ini jauh meninggalkan peranti-peranti yang lain dalam kelasnya. Dengan kapasiti ini, anda boleh menyimpan satu musim cerita-cerita popular yang biasanya mempunyai waktu tayangan selama 50 minit untuk satu episod.

Selfie Yang Baik Walau Kekurangan Pencahayaan

Semua peranti kerap kali mengetengahkan fokus terhadap fungsi selfie mereka bagi melariskan jualan. Namun berapa banyak peranti yang betul-betul memberikan apa yang dijanjikan mereka ? Bagi Huawei Nova 3e, mereka menjanjikan kualiti gambar selfie yang baik meskipun dibawah keadaan yang kurang pencahayaan.

Hal ini dijayakan dengan teknologi Light Fusion pada Huawei Nova 3e. Menerusi teknologi ini, ia menyatukan 4 pixel pada gambar yang telah dirakam menjadi 1 pixel, sekaligus menjadikan pixel tersebut lebih jelas dan lebih persis dalam pencahayaannya. Malah, dengan fungsi pintar LCD Flash, ia mampu menjana spektrum warna yang tepat dari 11 pilihan yang tersedia, sekaligus mengubah tahap kecerahan dan juga suasana sewaktu dirakam.

Selfie Face Beauty 4.0

Tidak dinafikan selfie merupakan trend yang tidak kunjung padam tidak seperti yang dijangka pada awalnya. Kini hampir setiap hari ada sahaja gambar selfie dikongsikan di laman rangkaian sosial dan soalan paling banyak adalah – kau selfie guna telefon apa?

Bagi menjamin kualiti selfie terbaik pada peranti ini, fungsi Face Beauty 4.0 membolehkan gambar wajah dicantikkan dari penyuntingan minimal kepada penyuntingan maksimum sehingga 10 tahap. Penyuntingan ini membolehkan pengguna menghilangkan kesan kedutan di muka disamping mengekalkan keaslian muka tanpa perubahan yang terlalu drastik. Malah ia juga turut memastikan tona warna kulit yang seimbang antara muka dan leher, sekaligus menjadikan selfie tersebut seasli yang mungkin.

AR Lens Yang Menarik

Jika setiap peranti tahun ini mengetengahkan ciri-ciri untuk menyerlahkan identiti tersendiri, pada Huawei Nova 3e terdapat fungsi AR Lens. Fungsi yang pertama kali diketengahkan pada Nova 2i ini membolehkan pengguna meletakkan kesan khas yang menarik sewaktu merakamkan selfie. Ia boleh menghasilkan gambar atau video dengan kesan khas tersebut.

Menggunakannya, pengguna boleh memilih untuk menghias diri dengan kesan khas seperti beruang, arnab, mahupun menambah lagu untuk aksi tersebut. Ini sekaligus membolehkan anda menghantar mesej yang lebih khusus buat penerima.

EMUI 8.0 Yang Menarik

Menggunakan sistem operasi dari Google bukanlah satu-satunya kayu ukur dalam memberikan fungsi terbaik pada pengguna. Huawei Nova 3e hadir dengan sistem operasi terkini dari Google iaitu Android Oreo yang sekaligus menjamin kestabilan dan kebolehupayaan peranti ini dalam urusan seharian.

Namun lebih dari itu, bagi melengkapkan Android Oreo adalah perisian EMUI 8.0 yang mampu menambah baik pengalaman pengguna menggunakan Huawei Nova 3e. Dibawah perisian ini, algoritma pembelajaran mesin akan menganalisa corak penggunaan peranti, dan menggunakan kecerdasan buatan bagi menguruskan komponen peranti supaya memberikan hasil terbaik pada pengguna.

Selain dari pembelajaran mesin, terdapat beberapa mod baru pada EMUI 8.0 yang memudahkan pengguna. Salah satunya adalah Smart Split-Screen yang membolehkan dua aplikasi dijalankan dan dipaparkan serentak secara bersebelahan. Dan jika anda seorang yang sukakan permainan, fungsi Game Assistant membantu anda memilih mod permainan bersesuaian dengan prestasi yang diinginkan.

Nyahkunci Peranti Menggunakan Wajah

Satu lagi ciri terkini pada tahun ini adalah nyahkunci peranti menggunakan wajah. Ciri ini tidak memerlukan pengguna menggunakan pengimbas cap jari, atau memasukkan kata laluan bagi mengakses peranti, sekaligus menjadikan proses mengakses telefon pintar lebih pantas. Ini bertepatan dengan tabiat pengguna yang akan melihat peranti apabila ingin menggunakannya.

Huawei Nova 3e menyertakan fungsi nyahkunci menggunakan wajah, dimana dengan pengecaman wajah pengguna, peranti dapat dinyah-kunci dalam tempoh kurang dari 800 mili-saat. Malah Huawei juga telah melakukan penelitian bagi mengelakkan pemalsuan nyahkunci dimana pengecaman gambar atau video tidak dapat membolehkan pencuri mengakses telefon ini. Lebih dari itu, paparan notifikasi juga dapat disembunyikan sekiranya tiada pengecaman wajah dilakukan, menambahkan tahap sekuriti dan keselamatan kepada pengguna.

Harga Yang Teramat Berbaloi

Mengakhiri sembilan hujah diatas, adalah harganya yang sangat berbaloi jika dikirakan dari tawaran spesifikasinya, prestasinya, dan ciri-ciri tambahan yang dibawakannya. Pada harga RM 1,320, boleh dikatakan peranti ini adalah antara pilihan yang patut dibuat bagi mereka yang mencari peranti dalam kelas ini.

Huawei Nova 3e ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru. Namun terdapat ura-ura versi warna merah jambu bakal hadir ke pasaran tempatan, sekaligus memenuhi citarasa pengguna yang inginkan kelainan.

Beli: Huawei Nova 3e di vmall

Penafian: Advertorial dari Huawei



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

10 Hujah Bagi Membuatkan Anda Memiliki Huawei Nova 3e

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×