Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Adobe Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mengesan Imej Yang Telah Dimanipulasi

Perisian Adobe Photoshop memudahkan proses memanipulasi gambar. Kerana terdapat banyak sistem automasi yang digunakan, menghasilkan gambar palsu yang kelihatan realistik boleh dilakukan insan yang masih di tahap amatur. Ini pastinya merisaukan di dalam dunia yang semakin penuh dengan berita palsu yang boleh membawa kepada kemusnahan masyarakat.

Adobe menyedari perisian mereka boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab dan oleh itu mereka telah membangunkan Kecerdasan Buatan yang boleh mengesan imej yang telah dimanipulasi. Terdapat banyak perisian forensik untuk tujuan ini di pasaran tetapi sistem kecerdasan buatan Adobe ini dikatakan boleh melakukan tugas pengesanan pada kadar yang lebih pantas dan tepat.

Rangkaian neural yang digunakan menganalisa imej yang dimanipulasi menggunakan teknik penyambungan (splicing), pengklonan (cloning), dan pembuangan (removal). Ketiga-tiga teknik manipulasi ini akan meninggalkan kesan pada imej yang sukar dikesan oleh mata manusia tetapi mudah oleh kecerdasan buatan. Proses mengesan yang mengambil masa berjam-jam oleh manusia boleh dilakukan oleh kecerdasan buatan dalam masa hanya beberapa saat.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Adobe Membangunkan Kecerdasan Buatan Yang Mengesan Imej Yang Telah Dimanipulasi

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×