Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

NVIDIA Hadir Dengan Perisian Pembetulan GeForce 397.55 Yang Memperbaiki Masalah Kad Grafik NVIDIA GTX 1060

Beberapa hari lalu, kami telah melaporkan bahawa Perisian kemaskini kad grafik NVIDIA GeForce 397.31 WHQL membuatkan para pengguna kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 mengalami masalah boot loop, dimana selepas kemaskini tersebut dipasang, akan menyebabkan komputer menghadapi masalah boot loop.

Terkini, NVIDIA baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan perisian pembetulan (hotfix) GeForce 397.55 yang akan memperbaiki masalah tersebut.

Diantara kerentanan yang diperbaiki oleh perisian pembetulan GeForce 397.55 ini termasuklah:

  • Selepas kemaskini perisian, Device Manager akan mengesan Code 43 untuk beberapa kad grafik NVIDIA GTX 1060
  • Penstriman Netflix yang tersekat-sekat
  • Sokongan tambahan untuk peranti Microsoft Surface Book
  • Perisian grafik pada komputer Windows 10 akan dibuang selepas komputer dibiarkan untuk beberapa ketika

Pihak NVIDIA menyatakan lagi bahawa perisian pembetulan ini adalah perisian beta tanpa pengesahan WHQL dan mungkin hadir dengan kerentanannya sendiri, dan meminta orang ramai yang menggunakannya untuk melaporkan sebarang masalah kepada pihak NVIDIA.

Mereka menyarankan lagi bahawa pengguna juga boleh menunggu untuk perisian WHQL seterusnya jika mereka sudahpun menggunakan perisian stabil sebelum ini, dan tidak mahu menggunakan perisian GeForce 397.33 yang baru keluar tersebut.

Kemaskini perisian pembetulan NVIDIA GeForce 397.55



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

NVIDIA Hadir Dengan Perisian Pembetulan GeForce 397.55 Yang Memperbaiki Masalah Kad Grafik NVIDIA GTX 1060

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×