Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Grab Dilaporkan Sedang Menghimpunkan Suntikan Dana Baru Sebanyak $1 Bilion

Grab pada bulan lepas telah pun mengumumkan penyatuan perniagaan dengan Uber, dimana Grab akan terus beroperasi, sebaliknya Uber menutup operasi di rantau Asia Tenggara. Sebagai ganti, Uber menerima sedikit pegangan dalam syarikat Grab.

Kini, lanjutan daripadanya, WSJ melaporkan yang mana pihak Grab sedang menghimpunkan suntikan dana baru sebanyak $1 bilion, sekaligus memposisikan syarikat Grab pada nilai $10 bilion.

Kali terakhir Grab menghimpunkan dana adalah pada bulan Julai 2017 lepas, dimana ketika itu Grab dinilaikan sekitar $6 bilion.

Suntikan dana baru ini dijangka akan digunakan untuk terus memperluaskan perkhidmatan Grab di rantau Asia Tenggara – selain turut digunakan untuk perniagaan Grab Foods, dan juga Grab Pay.

Sebelum ini, Grab telah menerima suntikan dana daripada sejumlah pelabur, termasuk Softbank, Toyota, Hyundai, dan juga Didi Chuxing. Berkemungkinan kita akan melihat beberapa pihak baru turut menyertai suntikan dana baru ini pada Grab.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Grab Dilaporkan Sedang Menghimpunkan Suntikan Dana Baru Sebanyak $1 Bilion

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×