Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kemaskini iOS 11.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Skrin Sesentuh iPhone 8

Sebelum ini kami laporkan pengguna iPhone 8 dan 8 Plus merungut skrin peranti mereka gagal membaca sentuhan jari. Ini adalah kerana kemaskini iOS 11.3 menghalang peranti dengan skrin yang tidak diganti di pusat perkhidmatan pelanggan bertauliah dari berfungsi dengan sempurna. Cip khas pada skrin perlu diganti bagi membolehkan skrin sesentuh kembali berfungsi dengan sempurna.

Pagi ini kemaskini iOS 11.3.1 sebesar 49.5 MB boleh dimuat turun dan ia diberikan bagi menyelesaikan masalah ini. Pada waktu yang sama Apple memberikan amaran penggunaan dan penukaran skrin dari pusat perkhidmatan tidak bertauliah boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna. Ini bukan kali pertama kemaskini diberikan bagi menyelesaikan masalah peranti yang gagal berfungsi kerana penggunaan komponen yang tidak bertauliah.

Masalah Error 53 dua tahun yang lalu menyebabkan peranti tidak boleh diakses sekiranya TouchID diganti oleh pusat perkhidmatan tidak bertauliah. Selepas diancam saman, Apple mengeluarkan kemaskini iOS 9.2.1 bagi menarik semula halangan peranti tetapi sistem TouchID tidak lagi akan berfungsi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kemaskini iOS 11.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Skrin Sesentuh iPhone 8

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×