Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Xiaomi Redmi S2 Tertiris Dengan Rekaan Kamera Menegak

Redmi adalah siri telefon pintar daripada Xiaomi yang memfokuskan pada harga mampu milik yang menyertakan spesifikasi pertengahan dan permulaan.

Tertiris di laman TENAA beberapa hari lepas adalah Xiaomi Redmi S2. Redmi S2 adalah telefon pertama Xiaomi dalam keluarga Redmi S dan ditawarkan dalam sembilan warna iaitu hitam, emas jambu, emas, putih, biru, merah, merah jambu, kelabu dan perak. Ini adalah telefon pintar Xiaomi pertama dengan pilihan warna sebanyak ini.

Redmi S2 ini menggunakan skrin 5.99″ TFT HD+, pemproses lapan teras, RAM sebesar 2GB/3GB/4GB , storan dalaman 16GB/32GB/64GB, sokongan kad mikroSD sehingga 256GB, pemancar infra merah, dwi kamera belakang dan bateri 3000 mAh

Lebih menarik lagi, Xiaomi Redmi S2 ini dilihat menjalankan Android Oreo 8.1. Spesifikasi lanjut seperti jenama cip pemproses, resolusi kamera, jenis port pengecasan atau kamera masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Xiaomi.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Xiaomi Redmi S2 Tertiris Dengan Rekaan Kamera Menegak

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×