Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Redmi Note 5

Suku kedua tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai Peranti yang hadir untuk pasaran tempatan. Malaysia kini menjadi pasaran yang diutamakan pengeluar berjenama dan sering menerima peranti dengan pantas berbanding negara yang lain. Dan pada minggu hadapan, satu lagi peranti baru dari Xiaomi akan hadir ke pasaran iaitu Xiaomi Redmi Note 5.

Xiaomi Redmi Note 5 merupakan peranti kelas pertengahan namun dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang lebih baik dari kelasnya. Berikut merupakan lima kelebihan yang ada pada Xiaomi Redmi Note 5.

Dikuasakan Cip Terkini Snapdragon 636 dan 4GB RAM

Memperkuasakan Xiaomi Redmi Note 5 adalah cip terikni dari Snapdragon 636 yang lebih berkuasa dan mempunyai kelajuan 1.8GHz. Ia turut dilengkapi dengan Adreno 509 GPU dan memandangkan ia cip terbaru, pengguna tidak perlu risau akan lengah masa kerana cip yang baru semestinya menjanjikan prestasi yang lebih.

Melengkapkan cip yang laju ini adalah RAM 4GB LPDDR4X yang biasanya ditemui pada peranti-peranti berspesifikasi tinggi. Ini membuktikan walaupun Redmi disasarkan untuk pengguna yang memerlukan peranti kelas pertengahan, tiada kompromi terhadap prestasi apabila Xiaomi ingin menawarkan sesuatu kepada pengguna. Dengan RAM sebesar ini juga, lebih banyak aplikasi dapat dijalankan secara serentak dan menjanjikan pengalaman penggunaan yang lancar.

Dari video diatas yang dirakam di Mobile World Congress, jelas menunjukkan prestasi Redmi Note 5 Pro namun kami difahamkan oleh pihak Xiaomi yang model ini bukanlah model antarabangsa sebaliknya model untuk pasaran India.

Sensor 1.4μm pixels

Untuk pertama kali dalam siri Redmi, Redmi Note 5 ini menyertakan dwi-kamera 12MP + 5MP pada bahagian belakangnya dan dilengkapi dengan sensor pengimejan yang besar iaitu sebesar -1.4μm pixels.

Redmi Note 5 Pro

Dengan sensor yang besar ini, ia membantu pencernaan cahaya yang lebih banyak sekaligus menghasilkan gambar yang lebih baik walau dalam keadaan yang kurang cahaya justeru memberikan lebih nilai buat pemilik peranti ini.

Teknologi Seumpama DSLR – Dual Photodiode Autofocus

Bagi menambah baik prestasi kamera pada peranti ini, ia disertakan dengan teknologi yang wujud pada DSLR. Teknologi yang dikenali sebagai 2PD, iaitu Dual Photodiode membantu pemfokusan yang lebih pantas dan persis. Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu 2PD, ia menjadikan setiap pixel yang terdapat pada sensor pengimejan mempunyai dua sel photodiode dan pada sensor kamera ini yang sebesar 12MP, ia menjadikan jumlah sel yang terdapat untuk merakam gambar adalah sebanyak 24MP.

Redmi Note 5 Pro

Apa yang baiknya dengan teknologi ini adalah pemfokusan yang dihasilkan lebih baik berbanding sensor berasaskan PDAF (Phase Detection AutoFocus) sekaligus memudahkan pengguna merakam gambar pada saat-saat yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Teknologi Kecerdasan Buatan Pada Fungsi Fotografi

Bagi melengkapkan kedua-dua ciri fotografi diatas, pemprosesan gambar haruslah bertindak dengan baik. Tiada gunanya jika sensor kamera yang baik dan pantas tidak disertakan dengan fungsi pemprosesan yang bagus jadi Xiaomi hadir dengan kecerdasan buatan bagi melengkapkan keupayaan fotografi mereka.

Redmi Note 5 Pro

Kecerdasan Buatan fotografi dari Xiaomi membolehkan pemprosesan gambar dihasilkan dengan lebih baik dan tepat. Apabila menggunakan Portrait Mode, fungsi Beautify 4.0 akan melakukan pengiraan untuk menghasilkan gambar yang lebih tepat. Malah fungsi kecerdasan ini turut terdapat pada kamera hadapan 13MP yang hanya mempunyai satu sensor, namun berupaya menghasilkan kesan bokeh yang baik.

Bateri 4,000 mAh Dengan Fungsi Pengecasan Pantas

Peranti yang berkuasa perlulah bertahan untuk pengoperasian sepanjang hari. Apa gunanya peranti berspesifikasi tinggi namun tidak dapat menjanjikan penggunaan yang lama. Dan pada masa kini, Fungsi Pengecasan Pantas merupakan satu fungsi yang wajib disertakan pada semua peranti.

Melengkapkan kekuasaan cip pemprosesan Snapdragon 636 yang pantas dan juga RAM 6GB yang besar, adalah kapasiti bateri 4,000 mAh. Kapasiti ini memberikan penggunaan yang lama dan jika ia tidak mencukupi, fungsi pengecasan pantas QuickCharge 2.0 memberikan ketenangan kepada pengguna kerana tidak memerlukan masa yang lama untuk mengecas peranti tersebut.


Selain dari lima ciri-ciri diatas, Xiaomi Redmi Note 5 ini juga hadir dengan salah satu ciri terkini iaitu paparan bernisbah 18:9 pada skrin bersaiz 5.99-inci FHD+ dengan kapasiti storan sebesar 64GB. Peranti ini akan hadir di Malaysia 24 April in jadi sama-sama kita nantikannya pengumumannya pada hari tersebut.

Penafian: Advertorial Dari Xiaomi Malaysia



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Redmi Note 5

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×