Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

BlackBerry KEYone Bronze Edition Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

Pada awal tahun 2018 ini, pihak BlackBerry telah memperkenalkan edisi khusus Blackberry Keyone yang hadir dalam variasi berwarna gangsa. Ia menawarkan ciri sama seperti BlackBerry KEYone asal, dan hanya menawarkan perubahan kosmetik sahaja.

Peranti berkenaan kini dilihat akan memasuki pasaran tempatan, dan pengguna tempatan sudah boleh membuat pra-tempahan untuknya. Ia dijangka akan ditawarkan bermula 27 April kelak.

BlackBerry KEYone Bronze Edition ini hadir dengan skrin 4.5-inci, dijana cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Melengkapkannya adalah sistem operasi Android, selain turut dilengkapi perisian sekuriti tambahan daripada BlackBerry. Peranti ini juga turut menyertakan sokongan papan kekunci fizikal padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini melalui laman Lazada, dan menerimanya seawal 27 April 2018 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

BlackBerry KEYone Bronze Edition Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula Minggu Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×