Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Spotify Dilaporkan Akan Memperkenalkan Pakej Baru Untuk Penstriman Percuma

Sebanyak 75 juta dari 169.5 juta pelanggan Spotify adalah Pengguna berbayar. Kekurangan penstriman secara percuma ialah iklan yang muncul dengan kerap serta lagu yang tidak boleh dilangkau sesuka hati. Ini antara penyebab lebih 2 juta pengguna didapati “melanun” perkhidmatan penstriman muzik ini.

Menurut laporan Bloomberg, Spotify akan Memperkenalkan Pakej Baru untuk pengguna penstriman percuma. Mereka mungkin dibenarkan mengakses senarai main dengan lebih pantas serta mengawalnya dengan lebih mudah terutamanya dari aplikasi telefon pintar. Ini diharap akan menarik minat pengguna percuma untuk menjadi pelanggan berbayar. Mereka mensasarkan untuk mempunyai 95 juta pengguna berbayar menjelang penghujung 2018.

Adakah anda pengguna percuma? Sekiranya ya apakah yang anda ingin diperkenalkan pada versi percuma Spotify?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Spotify Dilaporkan Akan Memperkenalkan Pakej Baru Untuk Penstriman Percuma

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×