Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

ASUS Mengemaskini Siri Laptop Gaming ROG Mereka Dan Mengumumkan Kehadiran Laptop ASUS Zephyrus-M

ASUS merupakan salah satu jenama yang cukup terkenal sekali di kalangan kaki-kaki gamer, dan dengan kehadiran CPU Intel siri-H Coffee Lake terbaru, mereka mengambil kesempatan untuk mengemaskini siri laptop Republic of Gamers mereka dengan CPU-CPU baru dari Intel ini.

Diantara model-model yang dilihat menerima kemaskini yang menarik termasuklah laptop ASUS ROG G703, yang menerima kemaskini CPU Intel Core i9-8950HK, ASUS ROG GX501 Zephyrus yang menerima kemaskini CPU Intel Core i7-8750H dan juga ASUS ROG STRIX Scar Edition yang menerima kemaskini CPU yang sama.

Dalam pada itu, ASUS juga mengumumkan kehadiran laptop ASUS Zephyrus kedua mereka, yang diberikan nama ASUS ROG Zephyrus-M. dimana ia akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama dengan laptop ROG Zephyrus sebelum ini, dengan hanya satu perbezaan utama sahaja, iaitu penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 Max-Q, berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Max-Q sebelum ini.

Spesifikasi lain laptop ROG Zephyrus-M ini termasuklah penggunaan CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD NVMe sebesar 512GB.

Pihak ASUS Malaysia telahpun mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan laptop-laptop gaming yang dikemaskini dengan CPU Intel Coffee Lake ini akan mula dijual di pasaran Malaysia pada bulan April dan Mei kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

ASUS Mengemaskini Siri Laptop Gaming ROG Mereka Dan Mengumumkan Kehadiran Laptop ASUS Zephyrus-M

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×