Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Dell Hadir Dengan Keluarga Komputer Riba Baru Memfokuskan Permainan – Dell Siri-G

Dell merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena komputer riba. Mereka juga turut mempunyai penawaran komputer riba berkuasa tinggi memfokuskan permainan dibawah keluarga Alienware, selain sebelum ini turut menggunakan jenama Inspiron Gaming untuk komputer riba permainan berspesifikasi pertengahan dan mampu-milik.

Namun, bermula hari ini, Dell akan mula menggunakan siri-G sebagai nama baru untuk keluarga komputer riba mampu-milik daripada mereka yang memfokuskan kepada arena permainan video.

Secara kasarnya, siri-G ini adalah evolusi daripada siri Inspiron Gaming sebelum ini. Dell hari ini mengumumkan tiga keluarga dibawahnya, iaitu Dell G3, Dell G5 dan juga Dell G7.

Dell G3

Dell G3 hadir dalam pilihan saiz skrin 15-inci dan 17-inci, dilengkapi cip Intel Core Gen-8 terkini, dan kad Grafik Nvidia Gtx 1060 Max-Q, sekaligus menawarkan rekaan yang lebih nipis berbanding sebelum ini.

Dell G5

Dell G5 pula hadir dengan skrin 15-inci, dilengkapi cip Intel Core i7 generasi ke-8, dan turut hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX 1060 Max-Q.

Dan akhir sekali adalah Dell G7 yang hadir dengan skrin 15-inci, dan turut hadir dengan cip Intel Core i9 yang terbaru, serta kad grafik NVIDIA GTX 1060 Max-Q. Versi Dell G5 dan G7 turut hadir dengan pilihan skrin sehingga 4K.

Buat masa ini, harga jualannya untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui buat masa ini. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Dell Hadir Dengan Keluarga Komputer Riba Baru Memfokuskan Permainan – Dell Siri-G

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×