Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kilang Boeing Diserang Perisian Tebusan WannaCry – Jadual Pembinaan Kapal Terbang Tidak Terjejas

Diantara masalah-masalah yang sering dialami oleh syarikat-syarikat pembuat yang besar ialah keenggenan mereka untuk menaiktarafkan sistem komputer mereka, dan kini nampaknya Boeing menjadi mangsa terbaru perisian tebusan WannaCry, iaitu sebuah perisian yang mengunci maklumat-maklumat yang terdapat didalam sesebuah komputer sehingga anda membayar wang tebusan yang diminta.

Perisian tebusan WannaCry ini boleh dikatakan sebuah perisian hasad yang lama, dan terdapat cara-cara untuk pengguna dan syarikat-syarikat untuk mengelakkan diri mereka daripada diserang oleh perisian ini.

Ia biasanya boleh dihalang dengan menggunakan sistem operasi yang terkini, dan juga memastikan bahawa ia sentiasa dikemaskini. Nampaknya beberapa komputer lama di kilang pembinaan Boeing di South Carolina terkesan oleh perisian tebusan ini, dan komputer-komputer yang terkesan tersebut dikatakan berfungsi untuk mengautomasikan pembinaan spar sayap kapal terbang Boeing, termasuklah model-model Boeing 787 Dreamliner dan 777-X.

Boeing sudahpun hadir dengan kenyataan bahawa serangan WannaCry terhadap kilang tersebut tidak akan menggangu jadual pembinaan dan penghantaran kapal terbang mereka, termasuklah backlog 700 kapal terbang 787 Dreamliner tersebut.

Perisian tebusan WannaCry ini boleh dikatakan diantara perisian hasad yang paling berbahaya pada tahun 2017 kerana inilah perisian yang digunakan oleh para penggodam untuk menundukkan pelbagai syarikat dan institusi yang masih menggunakan perisian yang tidak dikemaskini.

Diantara serangan-serangan siber terbesar yang dilihat menggunakan WannaCry termasuklah National Healthcare System di United Kingdom dan juga kilang Honda di Jepun yang terpaksa ditutup untuk beberapa hari.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Kilang Boeing Diserang Perisian Tebusan WannaCry – Jadual Pembinaan Kapal Terbang Tidak Terjejas

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×