Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anda Boleh Dapatkan iPhone X Bertatahkan Emas Dan Bertemakan Putin Pada Harga Mencapai RM19k

Caviar merupakan salah satu jenama yang sering hadir dengan pelbagai pilihan peranti mewah. Sebelum ini kita telah melihat Nokia 3310 Edisi Trump Putin, Iphone X Tesla, iPutin dan sebagainya.

Terkini, Caviar turut hadir dengan iPhone X edisi khas bersempena dengan kemenangan Vladimir Putin di Russia. Dengan angka sokongan undian yang diterima Vladimir Putin di Russia mencapai 76%, kini Caviar Menawarkan Iphone X khusus bertemakan Vladimir Putin ini sebanyak 76 unit secara terhad. iPhone X edisi khas ini dikenali dengan nama iPhone X Putin Golden Age.

iPhone X ini hadir dengan rekaan khusus pada bahagian belakang yang dilengkapi lapisan emas 24K, serta menyertakan rekaan khusus pada bahagian belakangnya. Selain daripadanya, ia menawarkan pelbagai ciri iPhone X seperti biasa.

Caviar menawarkan iPhone X versi 64GB ini pada harga 269,000RUB (~RM18388) dan versi 256GB pada harga 284,000RUB (~RM19413).



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Anda Boleh Dapatkan iPhone X Bertatahkan Emas Dan Bertemakan Putin Pada Harga Mencapai RM19k

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×