Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Aplikasi iOS Mungkin Boleh Digunakan Pada macOS Di Masa Hadapan

iOS 11 bukanlah sebuah sistem operasi sempurna kerana wujudnya pepijat pada pelbagai siri Iphone. Sehingga kini masih ada lagi pengguna-pengguna iPhone melaporkan masalah yang rawak yang berlaku kepada iPhone mereka.

Kemaskini iOS yang terbaru pada tahun 2018 akan berbeza. Menurut Bloomberg kemaskini utama iOS pada tahun ini Apple akan memfokuskan kepada stabiliti dan jika mereka gagal mereka akan memberi kemaskini lain dengan ciri-ciri baru yang unik.

Kemaskini iOS 12 mungkin akan diperkenalkan pada suku terakhir 2018. Selain iOS 12, kemaskini macOS 10.14, watchOS dan Juga tvOS juga akan diperkenalkan. Pembangun- bahagian sistem operasi peranti Apple akan membina ciri-ciri baru setiap dua  tahun. Kemaskini yang hadir pada tahun yang sama akan memberikan fokus kepada membaiki pepijat dan meningkatkan stabiliti.

Antara ciri-ciri terbaru pada versi iOS akan datang ialah kawalan ibu bapa yang lebih baik, tetapan ‘Do Not Disturb’ yang lebih jelas, aplikasi saham yang baru, dan fungsi mengaktifkan Siri melalui talam carian dalam skrin utama peranti-peranti iOS.  FaceTime berkumpulan juga sedang dibangunkan dan menggantikan wajah  mereka dengan Animoji semasa melakukan FaceTime. 

Terdapat juga ura-ura di mana iPhone yang menyokong permua VR boleh dikongsi bersama dengan pengguna iPhone model lama. Aplikasi iOS dan macOS rentas-platform juga mungkin akan hadir tidak lama lagi, tetapi ciri ini masih lagi khabar angin tanpa sebarang maklumat yang jelas.

Ada baiknya Apple membuat keputusan seperti ini, kerana pengguna boleh menikmati peranti-peranti iOS mereka dengan lebih aman kerana tiadanya sebarang masalah stabiliti dan pepijat yang biasanya menimbulkan kemarahan.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Aplikasi iOS Mungkin Boleh Digunakan Pada macOS Di Masa Hadapan

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×