Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perhentian Bas Di Bangkok Akan Dilengkapi WiFi Percuma Dan Tempat Pengecasan Peranti

Perkhidmatan pengangkutan awam mengurangkan Kesesakan Jalan Raya. Kerajaan cuba menyelesaikan masalah kesesakan dengan penaiktarafan sistem pengangkutan awam. Tetapi di rantau Asia Tenggara, Bangkok ialah kota dengan masalah kesesakan jalan raya yang paling kronik. Oleh itu pengguna bas awam menghabiskan masa yang lama menanti bas yang ingin dinaiki.

Datuk Bandar Bangkok, Aswin Kwanmuang  telah mengumumkan projek rintis mengubah pernetian bas menjadi tempat perlindungan pintar. Menerusi projek ini, perhentian bas akan Dilengkapi Wifi Percuma dan tempat pengecasan peranti. Oleh itu penumpang tidak akan kebosanan sementara menanti bas.

Reaksi dari penduduk Bangkok terhadap projek ini adalah negatif. Ramai merasakan wang lebih baik disalurkan kepada penaiktarafan bas sedia ada, pemandu dan juga sistem pembayaran yang sudah agak ketinggalan. Mereka juga merasakan perhentian bas semasa hanya perlu dipasang lampu bagi meningkatkan keselamatan pengguna.

Dari reaksi mereka nampaknya terdapat perbezaan diantara apa yang diperlukan pengguna dengan apa yang difikirkan perlu oleh pihak berwajib Bangkok.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Perhentian Bas Di Bangkok Akan Dilengkapi WiFi Percuma Dan Tempat Pengecasan Peranti

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×