Baru sahaja semalam kami laporkan teknologi Pixel Visual Core pada peranti Google Pixel 2 akan diaktifkan pada aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram.
Menurut laporan Android Authority yang memetik kenyataan rasmi dari pihak Google, aplikasi kamera kedua-dua model Pixel 2 masih belum menggunakan cip Pixel Visual Core apabila mengambil gambar. Sebaliknya aplikasi kamera masih lagi menggunakan pemproses isyarat digital (DSP) Hexagon yang hadir dengan pemproses Snapdragon 835.
Related Articles
Kenyataan rasmi ini bercanggah dengan kenyataan asal Google mengenai Pixel Visual Core pada buka Oktober lalu. Fungsi cip ini diaktifkan kepada semua dengan kemaskini Android 8.1. Ramai menyangka ia pastinya disokong oleh aplikasi kamera asal.