Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Telefon Pintar Menggunakan Modem 5G Daripada Qualcomm Akan Hadir Pada 2019

Qualcomm hari ini telah mengumumkan penawaran Modem Snapdragon X50 5G NR kepada para pengeluar Peranti, sekaligus membolehkan pelbagai pengeluar peranti menawarkan peranti dengan sokongan 5G seawal tahun 2019 kelak.

Melalui modem daripada Qualcomm ini, ia menawarkan Sokongan Rangkaian 5G dibawah piawaian 5G NR dan menyokong gelombang sub-6 GHz. Dengan penggunaan sokongan rangkaian 5G ini, ia sekaligus akan meningkatkan kadar muat-turun dan naik pada semua peranti – sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih baik ketika melayari web, memuat-turun, membuat panggilan video, menikmati video UHD, selain penstriman kandungan dan akses ke perkhidmatan berasaskan awan.

Pada pengumuman hari ini, Qualcomm mengumumkan sejumlah rakan kerjasama yang akan menggunakan modem ini pada peranti seawal 2019 kelak, termasuk antaranya adalah Asus, HMD Global, HTC, LG, Sony Mobile, Oppo, Vivo, Xiaomi, ZTE dan sebagainya.

Dengan pengumuman ini juga, kita boleh melihat pelbagai ujian terbuka untuk rangkaian 5G mula dilakukan bermula tahun ini.

Sebelum ini, menurut ramalan daripada pihak Ericsson, mereka menyasarkan untuk penawaran rangkaian 5G secara meluas di Malaysia menjelang 2022 kelak.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Telefon Pintar Menggunakan Modem 5G Daripada Qualcomm Akan Hadir Pada 2019

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×