Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Xperia X Dan Xperia X Compact Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

Sony boleh dikatakan antara pengeluar peranti yang aktif dan pantas menawarkan kemaskini perisian. Terkini, hari ini pihak Sony dilihat telah mula menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk Xperia X dan juga Xperia X Compact.

Seperti ramai sedia maklum, Xperia X telah diperkenalkan pada 2016 yang lepas, dan ia menarik untuk melihat peranti berkenaan masih Menerima Kemaskini Oreo – berbanding sejumlah pengeluar peranti yang tidak mempedulikan peranti keluaran mereka.

Kemaskini Android 8.0 Oreo ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum semua menerimanya.

Bagi anda yang menggunakan Xperia X atau Xperia X Compact, adakah anda telah menerima kemaskini Oreo?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Sony Xperia X Dan Xperia X Compact Mula Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×