Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SKMM : TM Tidak Dapat Mencapai Piawaian Jalur Lebar Talian-Tetap Sepenuhnya Pada 2017

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah pun mengeluarkan laporan prestasi rangkaian untuk 2017 yang lepas, sekaligus memperlihatkan pelbagai statistik berkaitan dengan penyedia perkhidmatan Jalur Lebar tanpa wayar dan juga jalur lebar berwayar (talian-tetap).

Berikut merupakan komen kesimpulan yang dikeluarkan oleh pihak SKMM berkaitan dengan penawaran jalur lebar talian-tetap pada 2017 lepas:

Keseluruhan prestasi jalur lebar berwayar menunjukkan bahawa pemberi perkhidmatan mampu menyediakan kelajuan yang diperlukan berdasarkan pakej yang dilanggan oleh pengguna di semua wilayah. Tetapi prestasi kependaman rangkaian adalah kurang memuaskan, dengan hasil pengukuran menunjukkan TM tidak dapat mencapai piawaian di lima kawasan (Tengah, Selatan, Utara, Timur & Sabah) untuk DSL dan di tiga wilayah (Timur, Sabah & Sarawak) bagi gentian optik. Perkhidmatan Maxis yang menggunakan gentian optik yang disewa dari TM juga tidak memenuhi standard yang diperlukan di wilayah tengah. Berdasarkan hasil ujian jalur lebar berwayar pada tahun 2017, penalti boleh dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan yang berkaitan kerana ketidakpatuhan pada piawaian.

Daripada kajian yang dilakukan oleh SKMM, TM dilihat mampu menawarkan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang baik, tetapi kadar kehilangan paket dan kadar RTT tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh SKMM.

SKMM turut mengatakan yang mana pencapaian secara keseluruhan memperlihatkan TIME mempunyai kualiti penawaran yang lebih baik dan stabil berbanding yang lain. SKMM turut menekankan mengatakan yang mana TIME menawarkan pakej yang lebih berpatutan berbanding Telekom Malaysia dan juga Maxis.

Pada masa yang sama, SKMM menekankan yang mana masih ramai pengguna yang tidak mengetahui perbezaan penawaran internet melalui Wifi dan Ethernet – dan mengalakkan lebih pengajaran dan penerangan mengenainya. Usaha TM untuk menawarkan aplikasi WiFi Optimiser Tool untuk tujuan ini dipuji oleh SKMM, dan mereka berharap agar lebih banyak penyedia perkhidmatan menawarkan inisiatif baik dalam mendidik pengguna.

SKMM mengambil kira beberapa perkara dalam mengeluarkan laporan tahunan ini, termasuk memerlukan 70% kelajuan yang dilanggan untuk 90% masa penggunaan bagi DSL, dan 90% kelajuan langganan untuk pengguna fiber. Disamping itu, kadar kependaman perlu kurang 85ms untuk 95% masa penggunaan, dan kadar kehilangan paket adalah kurang 1%.

Bagi anda sendiri yang menggunakan rangkaian jalur lebar talian tetap, bagaimanakah penggunaan anda? Adakah anda berpuas hati dengan penawaran yang diterima anda?



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

SKMM : TM Tidak Dapat Mencapai Piawaian Jalur Lebar Talian-Tetap Sepenuhnya Pada 2017

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×