Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Razer Mengumumkan Razer Phone Edisi Terhad Dengan Perbezaan Warna Logo Belakang Peranti

Dengan musim perayaan Tahun Baru Cina menjelang tiba, pihak Razer turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan sebuah telefon pintar edisi khas untuk Razer Phone. Hadir dengan sebuah kotak yang direkabentuk khusus bertemakan Tahun Baru Cina, ia turut menyertakan Razer Phone dengan perbezaan pada perubahan komsetik pada logo belakang peranti – iaitu berwarna emas.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan penawaran sama, termasuk penggunaan skrin 5.7-inci dengan kadar segar-semula 120Hz, cip Snapdragon 835, memori 8GB RAM, ruangan storan 64GB dan bateri 4000mAh. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-kamera dibelakang, dan sokongan speaker pada bahagian hadapan.

Buat masa ini, Razer masih belum mengumumkan penawaran telefon pintar ini di Malaysia. Ia tidak diketahui bilakah Razer ingin membawa masuknya – walaupun peminat di Malaysia adalah ramai. Untuk masa ini, jikalau anda berminat, anda boleh mendapatkan versi import peranti ini yang ditawarkan pada harga kurang RM3,000.



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Razer Mengumumkan Razer Phone Edisi Terhad Dengan Perbezaan Warna Logo Belakang Peranti

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×