Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lenovo Menyenaraikan Komputer Riba Yang Perlu Dikemaskini Bagi Menampal Kerentanan Perisian Pengimbas Cap Jari

Kerentanan ialah perkataan yang agak menakutkan bagi mereka yang mempunyai phobia maklumat peribadi diakses tanpa kebenaran. Sistem keselamatan yang digunakan dapat dipintas apabila kerentanan berjaya diekspolitasi oleh individu tertentu.

Pada beberapa model komputer riba keluaran Lenovo, terdapat kerentanan pada sistem Lenovo Fingerprint Manager Pro yang disertakan. Ini boleh mengakibatkan sistem keselamatan dipintas. Oleh itu Lenovo menggesa pengguna komputer-komputer riba di bawah untuk mengemaskini Lenovo Fingerprint Manager Pro ke versi terkini pada kadar segera bagi menampal kerentenannya. Pautan memuat turun kemaskini kami sertakan di bawah.

  1. ThinkPad L560
  2. ThinkPad P40 Yoga, P50s
  3. ThinkPad T440, T440p, T440s, T450, T450s, T460, T540p, T550, T560
  4. ThinkPad W540, W541, W550s
  5. ThinkPad X1 Carbon (Type 20A7, 20A8), X1 Carbon (Type 20BS, 20BT)
  6. ThinkPad X240, X240s, X250, X260
  7. ThinkPad Yoga 14 (20FY), Yoga 460
  8. ThinkCentre M73, M73z, M78, M79, M83, M93, M93p, M93z
  9. ThinkStation E32, P300, P500, P700, P900

Muat turun versi terkini Lenovo Fingerprint Manager Pro Versi 8.01.87



This post first appeared on Amanz, please read the originial post: here

Share the post

Lenovo Menyenaraikan Komputer Riba Yang Perlu Dikemaskini Bagi Menampal Kerentanan Perisian Pengimbas Cap Jari

×

Subscribe to Amanz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×